Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT PERADUAN
LOGO & TAGLINE IQRONIX

  1. Kelayakan Penyertaan
    Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar berdaftar Iqronix sahaja.
  2. Bentuk Penyertaan
    Peserta dikehendaki mereka satu (1) logo dan satu (1) tagline untuk jenama Iqronix.
  3. Kaedah Reka Bentuk
    Peserta bebas menggunakan apa-apa kaedah atau peralatan termasuk AI, lukisan tangan, atau perisian reka bentuk digital.
  4. Kandungan & Pematuhan Undang-undang
    Penyertaan TIDAK dibenarkan mengandungi:
    • Logo, simbol, imej, atau elemen yang melanggar hak cipta atau tanda dagangan pihak ketiga
    • Perkataan atau visual berunsur lucah, kebencian, perkauman, keagamaan, politik, atau sensitif
    • Sebarang unsur yang tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau undang-undang Malaysia
  5. Hak Cipta & Pemilikan
    Semua penyertaan akan menjadi hak milik penuh Iqronix dan boleh digunakan bagi tujuan promosi, pemasaran, atau komersial tanpa bayaran tambahan.
  6. Kaedah Penilaian
    Pemenang ditentukan melalui undian awam berdasarkan bilangan “like” paling banyak.
  7. Keputusan
    Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  8. Hadiah
    Hadiah Utama: RM300